Sunday, April 10, 2011

Tanda-Tanda Kebesaran Allah S.W.T

( Al - Quran Sebagai Sumber Utama )

Maha Suci ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana dalam segala ciptaan-Nya.
 

Dan semua itu dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
" Dan Kami tumbuhkan pada (bumi) segala macam tanaman yang indah
  dipandang mata untuk menjadi pengajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba
  yang kembali (mengingat Allah) " (Surah Qaf : 7-8)


" Dan Dialah tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya,     dan menjadikan padanya segala macam buah-buahan berpasang-pasangan. Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkannya ." (Surah Ar Ra'ad ;3)

 
" Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang bersampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan  pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama, kami melebihkan sebahagian tanaman itu atas sebagian yang lain, tentang rasa dan bentuknya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir." (Surah Ar Ra'ad : 4)

 
Di dalam ayat tersebut Allah menyebutkan dahulu gunung-gunung, kemudian sungai-sungai, ini menunjukkan bahawa air sungai itu bersumber dari gunung, kerana mengetahui kenyataan itu, bermanfaat bagi sesuatu. kemudian Allah menyebutkan buah-buahan, disambung dengan siang dan malam yang keduanya sangat berpengaruh kepada proses pertumbuhan buah-buahan, rumput-rumput dan segala sesuatu yang tumbuh dimuka bumi. Kemudian ia menjelaskan bahawa dibumi ini ada beberapa macam tanah, demikian juga air dan sebagainya. Selanjutnya Allah menerangkan keadaan kebun, sawah dan ladang yang penuh dengan beraneka macam buah - buahan yang berlainan rasanya, berbeza baunya,beraneka ragam warnanya dan bermacam - macam bentuknya. Maha Suci Allah Yang Maha Pencipta. 

Sebagaimana firman-Nya di dalam Al-Quran :

" Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa bentuk dan warnanya, dan tidak sama rasanya.makanlah dari buahnya, dan bila berbuah, dan tunaikanlah haknya pada hari memetik hasilnya dengan memberi kepada fakir miskin dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan." (Surah Al An'am : 141)

" Perhatikanlah buahnya diwaktu pohonnya berbuah, dan (perhatikanlah pula) kematangannya, sesungguhnya yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Al An'am : 99)

 

Ahli sains yang pakar dalam bidang botani atau lebih dikenali sebagai ahli botani mencari maklumat berlandaskan al quran dan juga alam sekelilingnya yang penuh dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang setiap satunya berfungsi mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Kuasa. Dengan bantuan sumber-sumber dari al quran sebagai bahan rujukan ramai ahli sains telah berjaya sehingga dikagumi oleh masyarakat barat dan ada sesetengah buku yang telah dibuat oleh ahli botani yang beragama islam digunakan sebagai bahan rujukan oleh masyarakat barat.

Umat islam amat berminat dalam ilmu botani, kerana kebanyakan ubat-ubat yang digunakan untuk pemulihan pesakit pada masa itu adalah daripada herba dan pokok-pokok tumbuhan. Mungkin mereka berpandukan kepada :

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; " Tidak ada penyakit yang diturunkan Allah melainkan diturunkan ubat baginya. "
 

Hipokrates, ahli falsafah yunani bapa ilmu perubatan telah berkata bahawatuhsn mengadakan penyakit dan mengadakan ubatnya yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan yang ada di daerah ini. Oleh kerana itu umat islam sangat berminat untuk mengkaji tumbuhan yang terdapat disatu-satu tempat dan menulis secara terperinci bagi tiap-tiap tumbuhan supaya pokok yang merbahaya tidak dikelirukan dengan pokok yang berfaedah. Mereka juga mencatatkan ciri-ciri alam sekitar tumbuhan pokok itu samaada tanah pasir atau tanah liat dan sebagainya. Selepas itu mereka mencatatkan kegunaan tumbuhan itu bagi perubatan cara penggunaannya, masanya dan bagaimana menyediakan ubat. Cara membuat ubat telah dikuasai oleh ahli sains muslim dengan sepenuhnya.

- Pencapaian Umat Islam Dalam Bidang Botani -


No comments:

Post a Comment