Sunday, April 24, 2011

Bicara Hati

Warnailah Jiwamu dengan Nur Ilahi

Bukan senang untuk kita menjadi baik,
Terlalu banyak cubaan dan dugaan,

Hadirnya dia bukan kerana cinta,
Hadirnya dia kerana Ujian yang Maha Kuasa.

Janganlah leka dan alpa,
Hadirnya dia membuatkan kamu lebih mengingati,

Bersyukurlah dengan ketentuan,
Mungkin ini takdir dan ujian,

Kuatkan hati dan tabahkanlah diri
Agar kamu sentiasa diredhai.

Cinta Perlukan Pengorbanan

PadaMu ku bersujud


Kehidupan ini perlukan banyak pengorbanan,
Onak dan duri perlu ditempuhi,
Cebisan luka sentiasa mendarahi hati,
Andai kata hidup ini perlukan banyak kesabaran dan ketabahan,
Berikanlahku sebuah kekuatan untuk menempuhi liku-liku kehidupan ini.

Sedihku,sakitku,hanyalah padaMu.

Sunday, April 10, 2011

Tanda-Tanda Kebesaran Allah S.W.T

( Al - Quran Sebagai Sumber Utama )

Maha Suci ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana dalam segala ciptaan-Nya.
 

Dan semua itu dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
" Dan Kami tumbuhkan pada (bumi) segala macam tanaman yang indah
  dipandang mata untuk menjadi pengajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba
  yang kembali (mengingat Allah) " (Surah Qaf : 7-8)


" Dan Dialah tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya,     dan menjadikan padanya segala macam buah-buahan berpasang-pasangan. Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkannya ." (Surah Ar Ra'ad ;3)

 
" Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang bersampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan  pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama, kami melebihkan sebahagian tanaman itu atas sebagian yang lain, tentang rasa dan bentuknya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir." (Surah Ar Ra'ad : 4)

 
Di dalam ayat tersebut Allah menyebutkan dahulu gunung-gunung, kemudian sungai-sungai, ini menunjukkan bahawa air sungai itu bersumber dari gunung, kerana mengetahui kenyataan itu, bermanfaat bagi sesuatu. kemudian Allah menyebutkan buah-buahan, disambung dengan siang dan malam yang keduanya sangat berpengaruh kepada proses pertumbuhan buah-buahan, rumput-rumput dan segala sesuatu yang tumbuh dimuka bumi. Kemudian ia menjelaskan bahawa dibumi ini ada beberapa macam tanah, demikian juga air dan sebagainya. Selanjutnya Allah menerangkan keadaan kebun, sawah dan ladang yang penuh dengan beraneka macam buah - buahan yang berlainan rasanya, berbeza baunya,beraneka ragam warnanya dan bermacam - macam bentuknya. Maha Suci Allah Yang Maha Pencipta. 

Sebagaimana firman-Nya di dalam Al-Quran :

" Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa bentuk dan warnanya, dan tidak sama rasanya.makanlah dari buahnya, dan bila berbuah, dan tunaikanlah haknya pada hari memetik hasilnya dengan memberi kepada fakir miskin dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan." (Surah Al An'am : 141)

" Perhatikanlah buahnya diwaktu pohonnya berbuah, dan (perhatikanlah pula) kematangannya, sesungguhnya yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Al An'am : 99)

 

Ahli sains yang pakar dalam bidang botani atau lebih dikenali sebagai ahli botani mencari maklumat berlandaskan al quran dan juga alam sekelilingnya yang penuh dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang setiap satunya berfungsi mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Kuasa. Dengan bantuan sumber-sumber dari al quran sebagai bahan rujukan ramai ahli sains telah berjaya sehingga dikagumi oleh masyarakat barat dan ada sesetengah buku yang telah dibuat oleh ahli botani yang beragama islam digunakan sebagai bahan rujukan oleh masyarakat barat.

Umat islam amat berminat dalam ilmu botani, kerana kebanyakan ubat-ubat yang digunakan untuk pemulihan pesakit pada masa itu adalah daripada herba dan pokok-pokok tumbuhan. Mungkin mereka berpandukan kepada :

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; " Tidak ada penyakit yang diturunkan Allah melainkan diturunkan ubat baginya. "
 

Hipokrates, ahli falsafah yunani bapa ilmu perubatan telah berkata bahawatuhsn mengadakan penyakit dan mengadakan ubatnya yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan yang ada di daerah ini. Oleh kerana itu umat islam sangat berminat untuk mengkaji tumbuhan yang terdapat disatu-satu tempat dan menulis secara terperinci bagi tiap-tiap tumbuhan supaya pokok yang merbahaya tidak dikelirukan dengan pokok yang berfaedah. Mereka juga mencatatkan ciri-ciri alam sekitar tumbuhan pokok itu samaada tanah pasir atau tanah liat dan sebagainya. Selepas itu mereka mencatatkan kegunaan tumbuhan itu bagi perubatan cara penggunaannya, masanya dan bagaimana menyediakan ubat. Cara membuat ubat telah dikuasai oleh ahli sains muslim dengan sepenuhnya.

- Pencapaian Umat Islam Dalam Bidang Botani -


Friday, April 8, 2011

Alhabib Islamic Web Service

Alhabib Islamic Web Service

Pantun menarik berkenaan menuntut Ilmu:



If you are harmed by the heat of the summer
And the dryness of autumn and the coldness of winter
And you are distracted by the beauty of sprintime
Then tell me: when will you seek knowledge?
(Imām Aḥmad ibn Fāris al-Rāzī)

Insan bergelar Hamba

" Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh "

BicaRA HatI

" Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat "

Thursday, April 7, 2011

Pesanan Rasullulah S.A.W

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

"Ya Aisyah janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an
 
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslimin meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana dapat aku melaksanakan empat perkara dalam waktu yang singkat?"

Rasul tersenyum lalu berkata :

" Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali ia seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.
Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari   kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan,

Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Madah Buat Wanita Solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Wanita Solehah




Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.


Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Pesanan Buat Insan bernama Islam


Marilah kita melihat ISLAM dengan pandangan HATI kita... dengarlah suara hati mu...itulah kata-kata fitrah dalam dirimu...ISLAM itu mudah,tapi jangan dimudah-mudahkan...