Tuesday, October 18, 2011

Miracles of Allah S.W.T

Ya Allah,berikanlahku peluang untuk menjejakkan kaki  ke rumah-Mu .

" Perasaan yang teramat tinggi untuk melangkah ke rumah-Mu, ku sentiasa berharap agar-Mu memberikan rezeki kepadaku untuk pergi kesana memohon keampunan dan rahmat dari-Mu. 
Melihat keagungan dan keajaiban yang tersergan indah mempersatukan seluruh umat islam yang tidak mengira bangsa. Inilah kebesaran dan keagungan-Mu. 
Moga kerahmatan sentiasa dilimpahi dan dikasihi oleh-Mu Yang Maha Agung. "

Sunday, October 16, 2011

Kasihkanlah dirimu kepada Yang Maha Kuasa


Alihkan matamu ke laut,
Airnya cantik membiru dan penuh ketenangan ,
Tapi hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu rahsia didalamnya,
Begitulah dengan kehidupan manusia,
Riang ketawa  tapi hanya ALLAH yang tahu rahSIA kehidupannya,
JIka rasa kecewa,pandanglah ke sungai,
Airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalang,
Jika rasa sedih, pandanglah ke langit,
Akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.