Wednesday, June 1, 2011

Naluri hati

Saya hanya orang biasa,
Datang drp sekolah biasa bukannya sekolah agama,
Saya cuba berusaha untuk jadi yang terbaik,
Naluri hati sya berkata bukan senang,
Banyak perkara perlu lewati,jalani,tempuhi,

Kadang-kadang bila bercakap soal agama,
Orang susah untuk terima,
Kerana pandangan mereka terhadap kita hanya biasa,
Bagi mereka sifat luaran itu mengambarkan apa yang ada di dalam hati ,
Itu memang suatu yang tidak adil.

Walau betapa pahitnya untuk kita terima,
Kenalah berjihad..
walau siapapun yang mahu mentafsir apa-apa tentang diri saya,
saya tidak kisah,
Kerna saya tahu apa yang ada dalam  hati  saya,
Cukupla hanya Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam hati saya.